Misteri. Ke mana perginya enam atlet olahraga negara yang tiba-tiba 'menghilangkan' diri sejurus diarahkan membuat ujian doping di Institut Sukan Negara (ISN) kelmarin?
Enam atlet berkenaan diarahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) supaya menjalani pemeriksaan perubatan dan ujian doping sebelum berangkat ke Bulgaria bagi menjalani latihan dan menyertai beberapa kejohanan bermula 28 Mei hingga 3 Julai ini.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, daripada enam atlet berkenaan, hanya lima yang menjalani pemeriksaan perubatan dan untuk doping kesemuanya tidak menjalani ujian tersebut.
"Saya dimaklumkan sebelum menjalani ujian doping, lima atlet tersebut meminta izin untuk bersarapan terlebih dahulu tetapi mereka kemudiannya menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga pagi semalam.
"Sementara seorang lagi atlet, saya difahamkan turut berada di kafe ISN sebelum menghilangkan diri, namun atlet ini tidak menjalani kedua-dua pemeriksaan iaitu perubatan dan juga doping," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurut Zolkples, ujian tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu dijalani oleh atlet sebelum ke luar negara atau menyertai sebarang kejohanan, baik di peringkat domestik dan antarabangsa.
ada laa yang x kena tu...MSN atau ISN harus bertindak tegas dalam hal ni.......itupon kalau mereka betul-betul berani
ReplyDelete