HERO

HERO

Friday, 27 May 2011

Elak doping kerana .......

KUALA LUMPUR - "Kami hanya mengikut arahan jurulatih (tidak menjalani ujian doping) dan ia mungkin kaitan dengan suplemen atau makanan tambahan yang diberikan sejak beberapa minggu ini."

Itu pengakuan salah seorang daripada enam atlet olahraga negara yang dilaporkan 'hilang' secara misteri dari asrama Majlis Sukan Negara (MSN), Selasa lalu sejurus diarahkan menjalani ujian doping.

Atlet tersebut, yang enggan namanya didedahkan berkata, jurulatih tersebut mengeluarkan arahan itu selepas mereka menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.

Menurutnya, selepas bersarapan di MSN, dia dan rakan lain balik ke kediaman masing-masing.

"Kami bukan hilang atau melarikan diri daripada menjalani ujian doping tetapi semuanya atas arahan jurulatih.

"Saya rasa ia mungkin disebabkan oleh suplemen dari luar negara yang diberikan kepada atlet di bawah kendalian beliau," katanya ketika ditemui semalam.

Jelas atlet itu, dia tidak tahu mengenai kandungan suplemen tersebut, sama ada ia adalah bahan terlarang atau makanan tambahan biasa.

"Seingat saya kami diberi suplemen tersebut sebanyak tiga kali seminggu, saya langsung tidak mengesyaki sama ada ia adalah bahan terlarang atau tidak, saya menganggap ia sebagai makanan tambahan biasa untuk meningkatkan prestasi," katanya.

Tiga daripada atlet tersebut berjumpa Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong semalam dan menjelaskan perkara sebenar.

"Selepas berjumpa dan menceritakan secara terperinci, beliau (Zolkples) mengarahkan kami menjalani ujian doping pagi ini (semalam) dan keputusan akan diketahui minggu depan.

"Saya tidak ke mana-mana selepas diarahkan tidak menjalani ujian doping sebaliknya terus pulang ke rumah seperti biasa dan saya tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada mana-mana pihak," katanya.

No comments:

Post a Comment